Saturday, December 31, 2016

Al Fatihah


Assalamualaikum, semua. I would like to take this oppartunity to ask all of us to pray for Doctor Nik Idzni Dalila who has passed away on 27 December 2016. Walaupun aku sendiri tak kenal dia dan tak pernah pun follow kisah hidup dia dan suaminya, tapi kalini aku betul betul rasa satu kehilangan selepas membaca kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang penyakit kanser dan seorang doktor.

Maaf kerana menulis entry tentang mereka tanpa kebenaran pemiliknya. Aku hanya ingin berkongsi kisah ini agar kita dapat menjadikan mereka inspirasi. Agar seorang suami dapat berada disisi isterinya saat susah dan senang. Agar sesiapa sahaja yang sedang berjuang dengan penyakit kanser, terus tabah dan sabar kerana ini adalah ujian Allah. Allah tidak akan menurunkan ujian ini kepada hamba-Nya yang tidak mampu. Sebagai insan yang sihat, kita seharusnya menyokong dan memberi dorongan kepada pesakit sakit ini agar mereka terus kuat dan dapat mengharungi dugaan dengan tabah.

Walaubagaimanapun, aku dapat gambarkan yang dia adalah seorang wanita yang kuat dan tabah dalam menempuh dugaan dan cabaran hidupnya. Riak wajahnya tidak menggambarkan seperti dia sedang bertarung dengan penyakitnya sendiri. Alhamdulillah, Allah menambah seri pada wajahnya walaupun kesakitan yang dirasa tidak terbayang oleh jasad kita yang sihat walafiat ini.

Suaminya Kamal Effendi pula digambarkan sebagai seorang lelaki yang sangat tabah dan percaya akan ketentuan Illahi apabila mengahwini Nik Idzni Dalila yang menghidap kanser buah pinggang tahap 4. Pasti ramai diluar sana yang menganggap lelaki seperti dia sudah sukar untuk ditemui lagi. Aku sendiri terkejut dan terharu dengan pengorbanannya untuk berada disisi isterinya dan membahagiakan isterinya. Program Nona juga pernah menampilkan beliau sebagai seorang pejuang kanser yang kekal tabah dan kuat. Baru baru ini juga kisah kehidupan mereka dicetak untuk surat khabar Berita Harian.

Iringan doa tidak putus putus dari followers dan mereka yang mengetahui berita ini di laman instagram, facebook dan twitter. Betul, kisah mereka ini sangat sangat menyentuh jiwa aku yang sangat sensetif ini. Kasih sayang itu tidak sepatutnya berbelah bahagi walau apa jua dugaan dan cabaran sekalipun. Kasih sayang seorang suami kepada isteri yang terlalu utuh dan mendalam dapat kita lihat melalui caption pada gambar gambar yang dimuat naiknya di instagram.

Moga roh Nik Idzni Dalila dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. She did well in her life. Alhamdulillah kerana dia dikurniakan seorang suami yang menyayanginya sepenuh hatinya. Moga Kamal Effendi mendapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan kenangan kenangan pahit manis bersama arwah isterinya.

Kenangan itu perlu disimpan, tidak kira pahit dan manis kerana kenangan itu boleh menghidupkan jiwa kita yang kosong tanpa insan yang kita cipta kenangan bersama.

Monday, December 5, 2016

YOUR OPINION PLEASE?

Hai and Assalamualaikum

So guys, i need to ask for your opinion. Apa agak agak topik yang korang nak kan sementara nak tunggu result spm keluar ni? 😂 I will keep routine bangun mandi makan tidur everyday 😂😂😂 So at least blogging can released my stress! Eh duduk rumah pun stress tau hahahaha stress tak tahu nak buat apa. So korang boleh "leave your comment" kat entry ni and bagi cadangan untuk tajuk apa yang korang nak. If motivation pun okay 😊 if pendapat for nak spm pun okay, sure I WILL GIVE YOU A LOT. Sebab banyak sangat kesimpulan untuk SPM tahun ni. So batch '00 be ready okay gaiss 🎈

So topik harini Motivation. Argh every months motivation haahaha. Its okay guys, we need motivation to handle our life. First of all I'm going to tell about Friendship. Ya, yang kita akan hadap hari hari kat sekolah (for those yang sekolah), kolej, uni, kerja and mana mana lah korang berada. Kawan ialah orang yang akan memberikan impak yang besar dalam hidup korang. Sama ada baik atau buruk. So korang tak boleh tentukan baik atau buruk. Dont trust to "Kau buat baik dengan dia, dia akan buat baik dengan kau". ABSOLUTELY NO! Its hard to find la kawan macam ni zaman sekarang ni. Kadang kadang bila kita buat baik dengan orang, waktu tu lah dia nak ambil kesempatan. Masa tu lah kita kena berseorangan sob sobbbb kesedihan 😥

Nasihat ; Please be ready untuk setiap kemungkinan dalam berkawan. Korang tak boleh expect yang dia akan jaga hati korang seumur hidup korang. No. One day, akan ada jugak "something" yang akan menyakitkan hati korang, dia buat. Kalau benda tu besar, its hard to forget. Yelah, orang yang tak pernah sakitkan hati kita suddenly sakitkan hati kita. Mesti macam kejutanzzz. But give and take. Ada banyak cara untuk korang hadapi dengan tenang dan sabar. Tak payah la sampai putus kawan pula. Ooo gaduh dengan bf/gf banyak kali tahu pulak kata "dugaan" 😒 Bila gaduh dengan kawan sekali, terus kata nak putus kawan. This is what you guys need. Motivation.

So korang boleh jugak share kat comment, kawan jenis apa yang pernah korang jumpa and korang tak boleh lupa sampai sekarang! Xoxo

Sunday, September 18, 2016

FIGHTING!!!


Assalamualaikum, semua :) Maybe this is my last entry before SPM starts! Lepas SPM boleh sambung puas puas. Hari hari pun takpe! He he he.. Cakap pasal SPM, memang
main point topic harini ialah untuk SPM. Terutamanya kawan kawan yang lagi EMPAT PULUH SEMBILAN hari lagi nak ambil SPM. So guys? Dah bersedia dari segi fizikal dan mental?
Yang dah tu bagus sangat tapi yang belum tu? Hah kena bersedia dari sekarang. There is no time nak belek setiap page buku teks and hafal satu satu. Banyakkan latihan terutamanya soalan soalan target, SBP, and soalan past years.
Wani pun tengah focus banyakkan buat latihan soalan target and soalan past years. Takkan la dalam beribu ribu soalan tu, satu pun tak kena? :( Dalam kesibukan kita usaha pagi petang siang malam belajar sampai tak cukup tidur, kita kena juga jaga hubungan kita dengan orang sekeliling. Ibu bapa, kawan kawan. Kadang-kadang kita memang tak ada masalah dengan ibu bapa, tapi dengan kawan kawan ni? Kadang kadang terlepas cakap sampai tersinggung perasaan dia, kalau dia selalu makan semut cepat lupa takpe. Tapi, kalau dia ingat sampai dah ada perasaan menyampah macam mana?
Jadi, waktu ni lah kita kena minta maaf sesama sendiri. Eh, tapi bukan minta maaf waktu nak SPM ni je, lepasni kalau ada salah silap kena minta maaf juga :)
Yang paling penting ialah hubungan kita dengan Tuhan, tak kira agama apa pun awak yang sedang membaca ni. Hubungan kita dengan Tuhan kena jaga. Bagi orang Islam, jaga solat. Perbanyakkan amalan sunat, perbanyakkan baca Al-Quran. In Sha Allah moga terang hati. DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Berdoa lah selagi mampu. Lepas usaha, apa yang kita boleh lakukan hanya lah tawakkal. Tapi, dah saat saat akhir ni memang kena perbanyakkan amalan. Kalau study siang malam tapi hubungan dengan Tuhan kemana, tak dapat keberkatannya nanti. Taknak la nanti jadi "istidraj". Tak solat, tak patut perintah Tuhan tapi dapat kejayaan. Which is kejayaan yang sia sia.
                         Bukan tu je, hubungan dengan guru guru. Hah, biasa lah kita sebagai seorang pelajar ni kadang kadang tak dapat kawal emosi, tiba tiba dah terkutuk termengumpat tersinggungkan perasaan cikgu tu. Lama dia pendam tu. Sebelum terlambat, baiklah pergi minta maaf. Takut hilang keberkatannya nanti. Dalam meminta maaf ni, kita tak sepatutnya ada perasaan malu. Salah ke tak salah ke, tak sia sia pun kalau minta maaf. Yang penting niat dah ada dan ikhlas dari hati!
                                 Hah taknak membebel panjang lagi, cuma nak bagi motivation untuk yang tak ada keyakinan. Tak kira la korang kelas apa sekalipun, amik subjek apa sekalipun, result banyak gred ke apa ke. Kita semua sama, manusia. Manusia tak pernah lari dari buat silap. Tapi, tahu apa yang memebezakan kita semua? Usaha kita untuk belajar dari kesilapan. Orang yang mudah mengalah sebelum bertarung takkan dapat apa. Yang gred G ke E ke tak mustahil untuk ke A dan B. Yang penting usaha dari diri kita sendiri. Tepuk dada, tanya diri. Kita nak atau tak kejayaan? Memang SPM ni bukan penamat kehidupan, tapi penentu arah tuju kita. SPM jugak salah satu peluang kita untuk banggakan mak ayah. SPM bagus, dapat belajar tinggi tinggi, alhamdulillah. Senang hati mak ayah. Kalau kita fikir diri kita sendiri je, takkan ada apa yang kita boleh lakukan. Sahut cabaran, selalu ingat Tuhan, mak ayah. Dari kecik diorang berhabis duit hantar kita sekolah, belikan itu ini. Pen sampai berbatang batang. Satu je diorang nak, anak diorang berjaya.
                         
 GOODLUCK SEMUA YANG AKAN MENDUDUKI SPM PADA 7 NOVEMBER
2016. MOGA KEJAYAAN MILIK KITA. MOGA ALLAH BERIKAN
YANG TERBAIK UNTUK KITA SEMUA, IN SHA ALLAH 

Saturday, August 27, 2016

i'm back


Assalamualaikum & hello everyone. I'm back after 8 months :((( Sorry but I was 
too busy with my study and everything. May Allah gives all of u 
happiness and good life to be thankful. I'm back for some
 reasons. 
OH NO! I'm back because I can't leave writing. I don't care who wants 
to read but i enjoy writing this and give motivation to some people ;)
For sure, kehidupan ni ada jatuh dan bangun nya. Sedar tak sedar kadang
 kadang bila kita terlalu kat atas, kita selalu lupa orang yang kat bawah. Bila
 kita tengah senang, kita lupa orang yang tengah susah. Bila kita gembira, 
kita lupa orang yang tengah berduka. That is life dan kita tak sedar yang kita 
buat macam tu. Semua orang ada masalah. Tapi yang membezakan kita adalah 
cara kita menghadapi masalah dan selesainya. Kita akn jumpa a few spesies 
manusia yang tak reti sabar bila ada masalah. Certain people lebih suka 
berdiam diri dan biarkan masalah tu lenyap sendiri. Ada yang sedaya upaya 
cuba nak selesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Ada pulak yang lagi suka
 tambahkan masalah. Fuh, yang ni bahaya!
Korang mesti ada kawan yang selalu gelak tak ingat dunia. I mean, bukan 
gelak macam pontianak tu. Tapi memang dia selalu gembira dan susah
 sangat nak cungkil masalah dia. Macam tak ada masalah je dia ni! Korang 
kena tahu, satu dalam seribu orang macam tu. Susah nak faham orang macam
 tu. Bila dia ada masalah, dia takkan cerita kat orang. Dia diam, dia pendam.
 Dia tutup air muka dia dengan gelak ketawa. Tapi bila sekali dia meluah rasa 
kat korang, tolonglah dengar. Maknanya, dia perlukan seseorang waktu tu.
 Mungkin sebab dia dah tak dapat kawal emosi dan perasaan dia? Give some 
motivation to her/him.
Tapi ada jugak kawan yang ada masalah dengan orang tapi dia lepaskan kat kita.
 Marah kat orang lain tapi tup tap tup tap kita yang kena. Eh, apa ni? Jangan pulak
 korang terasa hati dengan dia. Tak semua orang boleh kawal emosi dan perasaan
 dia. Orang macam ni, satu je dia nak. PERHATIAN. Cuba bagi perhatian dekat
 apa yang dia nak luahkan dan dia takkan luahkan sesuka hati dekat orang yang dia
 tak selesa. Kalau dia luahkan kat korang, maknanya dia selesa. So, cuba dengar isi
 hati dia. Mana tahu boleh lega kan perasaan dia. Siapa tahu kan?? 
Bila Allah uji kita dengan kesedihan dan kedukaan, ingatlah yang Allah tu 
sayangkan kita. Ingat yang Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Bertahan
 lah selagi mampu dan berdoa moga Allah ringankan beban kita dalam 
menempuh semua dugaan. Ada orang kat luar sana yang dugaan dan cabaran dia
 lebih kuat dari kita tapi masih mampu tabah. Allah uji sebab nak kita lagi
 rapat dengan dia. Kita ni manusia biasa, kadang kadang bila tak diuji, 
kita lupa Dia. Ingatlah bahawa setiap kebahagiaan tu datangnya dari Dia. 
Bila susah, baru kita ingat Dia tapi Allah tak pernah putus ingat kat kita, 
beri kita kejayaan, kesihatan. 
Tak semua masalah tu perlu diluah dan boleh diluah. Ada kalanya, biar lah kita
 je yang tahu. Sebab tak semua orang dalam dunia ni boleh faham apa yang
 kita rasa. Kalau rasa bercerita tu lagi menambah rasa sakit dalam hati, baiklah
 berdiam diri. Tapi tak digalakkan memendam rasa ni, ibarat kita menyeksa
 emosi dan mental kita sendiri. Tu sebabnya wujud pesakit mental. Bila kita 
tak dapat kawal emosi dan perasaan hm begini lah jadinya. At least
 biarlah kita
 ada seseorang yang kita boleh luahkan dan orang tu boleh pulihkan semangat
 dan harapan kita.
Tak kesah dugaan dan cabaran apa pun yang datang, in sha Allah kita dapat
 tempuh dengan penuh sabar. 
Dalam persahabatan, tolak ansur tu penting. Tak ada persahabatan yang tak 
pernah ada masalah. Mesti akan ada walaupun satu. Lagi lama kita kenal, lagi
 banyak kekurangan dia kita nampak. Tapi jangan pulak kita jadikan kekurangan
 dia tu sebagai satu kebencian. Kelebihan yang ada pada kita tu seharusnya kita 
gunakan untuk tutup kekurangan dia. Sahabat yang baik takkan pernah
 pergi. Jarak bukan satu halangan untuk kita kekalkan persahabatan.
 Jauh mana pun terpisah, sahabat yang baik takkan pernah 
lupakan korang.
 Jauh dalam sudut hati mesti teringat. Sahabat ni adalah salah satu perkara 
yang mesti kita hargai sebab bila kita kehilangan dia nanti, walaupun 10 
lagi sahabat datang, takkan sama. Semuanya nampak berbeza.
Teruskan fokus dalam apa korang nak capai. Dalam belajar, tak selamanya
 kita akan kekal di tempat no satu. Ada orang yang Allah memang dah 
anugerahkan otak tip top, 24 jam main game pun masa exam still got
 straight A's. Itu memang anugerah Allah. Tapi, for those yang Allah 
anugerahkan akal fikiran dan memerlukan usaha, don't give up! Allah akan bagi 
tak lama lagi. Allah takkan biarkan kita usaha tanpa ganjaran. Sama ada
 didunia atau akhirat. Yang penting nawaitu kita sendiri. Biarlah usaha kita 
seiring dengan doa. Korang dah berusaha, takkan nak berhenti tengah jalan? 
Usaha lebih sikit lagi, mesti Allah bagi yang terbaik. Kadang kadang apa 
yang terbaik di mata kita, sebenarnya ada yang lebih baik Allah
 dah aturkan.
 Jangan mengeluh bila kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah akan 
berikan yang lebih baik. Kalau kita kurang pandai dalam pelajaran, ada rezeki
 lain yang Allah akan bagi dekat kita. Setiap manusia Allah ciptakan dengan
 keistimewaan masing masing. Cuma kita nampak atau tak je. Percayalah!
And my last reminder, ingatlah tak semua yang kita ada sekarang akan
 kekal dengan kita. Bila bila masa Allah boleh tarik kekayaan, kecantikan, 
kepandaian and so on. Banyakkan bersyukur dan berdoa moga setiap apa 
yang kita nak, kita akan dapat. Terutamanya manusia, tak semua akan ada 
dengan kita sampai bila bila. Sampai masanya diorang akan pergi. Sama ada
 tinggalkan kita ataupun tinggalkan dunia. Yang pasti, teruskan hargai setiap apa 
yang kita ada sebab bila kita kehilangannya, yang datang nanti takkan sama.
 Takkan pernah sama. Assalamualaikum.