Saturday, August 27, 2016

i'm back


Assalamualaikum & hello everyone. I'm back after 8 months :((( Sorry but I was 
too busy with my study and everything. May Allah gives all of u 
happiness and good life to be thankful. I'm back for some
 reasons. 
OH NO! I'm back because I can't leave writing. I don't care who wants 
to read but i enjoy writing this and give motivation to some people ;)
For sure, kehidupan ni ada jatuh dan bangun nya. Sedar tak sedar kadang
 kadang bila kita terlalu kat atas, kita selalu lupa orang yang kat bawah. Bila
 kita tengah senang, kita lupa orang yang tengah susah. Bila kita gembira, 
kita lupa orang yang tengah berduka. That is life dan kita tak sedar yang kita 
buat macam tu. Semua orang ada masalah. Tapi yang membezakan kita adalah 
cara kita menghadapi masalah dan selesainya. Kita akn jumpa a few spesies 
manusia yang tak reti sabar bila ada masalah. Certain people lebih suka 
berdiam diri dan biarkan masalah tu lenyap sendiri. Ada yang sedaya upaya 
cuba nak selesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Ada pulak yang lagi suka
 tambahkan masalah. Fuh, yang ni bahaya!
Korang mesti ada kawan yang selalu gelak tak ingat dunia. I mean, bukan 
gelak macam pontianak tu. Tapi memang dia selalu gembira dan susah
 sangat nak cungkil masalah dia. Macam tak ada masalah je dia ni! Korang 
kena tahu, satu dalam seribu orang macam tu. Susah nak faham orang macam
 tu. Bila dia ada masalah, dia takkan cerita kat orang. Dia diam, dia pendam.
 Dia tutup air muka dia dengan gelak ketawa. Tapi bila sekali dia meluah rasa 
kat korang, tolonglah dengar. Maknanya, dia perlukan seseorang waktu tu.
 Mungkin sebab dia dah tak dapat kawal emosi dan perasaan dia? Give some 
motivation to her/him.
Tapi ada jugak kawan yang ada masalah dengan orang tapi dia lepaskan kat kita.
 Marah kat orang lain tapi tup tap tup tap kita yang kena. Eh, apa ni? Jangan pulak
 korang terasa hati dengan dia. Tak semua orang boleh kawal emosi dan perasaan
 dia. Orang macam ni, satu je dia nak. PERHATIAN. Cuba bagi perhatian dekat
 apa yang dia nak luahkan dan dia takkan luahkan sesuka hati dekat orang yang dia
 tak selesa. Kalau dia luahkan kat korang, maknanya dia selesa. So, cuba dengar isi
 hati dia. Mana tahu boleh lega kan perasaan dia. Siapa tahu kan?? 
Bila Allah uji kita dengan kesedihan dan kedukaan, ingatlah yang Allah tu 
sayangkan kita. Ingat yang Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu. Bertahan
 lah selagi mampu dan berdoa moga Allah ringankan beban kita dalam 
menempuh semua dugaan. Ada orang kat luar sana yang dugaan dan cabaran dia
 lebih kuat dari kita tapi masih mampu tabah. Allah uji sebab nak kita lagi
 rapat dengan dia. Kita ni manusia biasa, kadang kadang bila tak diuji, 
kita lupa Dia. Ingatlah bahawa setiap kebahagiaan tu datangnya dari Dia. 
Bila susah, baru kita ingat Dia tapi Allah tak pernah putus ingat kat kita, 
beri kita kejayaan, kesihatan. 
Tak semua masalah tu perlu diluah dan boleh diluah. Ada kalanya, biar lah kita
 je yang tahu. Sebab tak semua orang dalam dunia ni boleh faham apa yang
 kita rasa. Kalau rasa bercerita tu lagi menambah rasa sakit dalam hati, baiklah
 berdiam diri. Tapi tak digalakkan memendam rasa ni, ibarat kita menyeksa
 emosi dan mental kita sendiri. Tu sebabnya wujud pesakit mental. Bila kita 
tak dapat kawal emosi dan perasaan hm begini lah jadinya. At least
 biarlah kita
 ada seseorang yang kita boleh luahkan dan orang tu boleh pulihkan semangat
 dan harapan kita.
Tak kesah dugaan dan cabaran apa pun yang datang, in sha Allah kita dapat
 tempuh dengan penuh sabar. 
Dalam persahabatan, tolak ansur tu penting. Tak ada persahabatan yang tak 
pernah ada masalah. Mesti akan ada walaupun satu. Lagi lama kita kenal, lagi
 banyak kekurangan dia kita nampak. Tapi jangan pulak kita jadikan kekurangan
 dia tu sebagai satu kebencian. Kelebihan yang ada pada kita tu seharusnya kita 
gunakan untuk tutup kekurangan dia. Sahabat yang baik takkan pernah
 pergi. Jarak bukan satu halangan untuk kita kekalkan persahabatan.
 Jauh mana pun terpisah, sahabat yang baik takkan pernah 
lupakan korang.
 Jauh dalam sudut hati mesti teringat. Sahabat ni adalah salah satu perkara 
yang mesti kita hargai sebab bila kita kehilangan dia nanti, walaupun 10 
lagi sahabat datang, takkan sama. Semuanya nampak berbeza.
Teruskan fokus dalam apa korang nak capai. Dalam belajar, tak selamanya
 kita akan kekal di tempat no satu. Ada orang yang Allah memang dah 
anugerahkan otak tip top, 24 jam main game pun masa exam still got
 straight A's. Itu memang anugerah Allah. Tapi, for those yang Allah 
anugerahkan akal fikiran dan memerlukan usaha, don't give up! Allah akan bagi 
tak lama lagi. Allah takkan biarkan kita usaha tanpa ganjaran. Sama ada
 didunia atau akhirat. Yang penting nawaitu kita sendiri. Biarlah usaha kita 
seiring dengan doa. Korang dah berusaha, takkan nak berhenti tengah jalan? 
Usaha lebih sikit lagi, mesti Allah bagi yang terbaik. Kadang kadang apa 
yang terbaik di mata kita, sebenarnya ada yang lebih baik Allah
 dah aturkan.
 Jangan mengeluh bila kita tak dapat apa yang kita nak sebab Allah akan 
berikan yang lebih baik. Kalau kita kurang pandai dalam pelajaran, ada rezeki
 lain yang Allah akan bagi dekat kita. Setiap manusia Allah ciptakan dengan
 keistimewaan masing masing. Cuma kita nampak atau tak je. Percayalah!
And my last reminder, ingatlah tak semua yang kita ada sekarang akan
 kekal dengan kita. Bila bila masa Allah boleh tarik kekayaan, kecantikan, 
kepandaian and so on. Banyakkan bersyukur dan berdoa moga setiap apa 
yang kita nak, kita akan dapat. Terutamanya manusia, tak semua akan ada 
dengan kita sampai bila bila. Sampai masanya diorang akan pergi. Sama ada
 tinggalkan kita ataupun tinggalkan dunia. Yang pasti, teruskan hargai setiap apa 
yang kita ada sebab bila kita kehilangannya, yang datang nanti takkan sama.
 Takkan pernah sama. Assalamualaikum.