Assalamualaikum, semua. I would like to share my experience! 14 Januari 2016 telah berlangsungnya Karnival Lepasan Sekolah 2016 #KLS2017 anjuran #KRIMKL #PEMBINA di Auditorium Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Okay, kitorang pergi 5 orang which is saya sendiri, Aqilah, Attiah, Ayu dan juga Sabrina. Tak sangka program ni segempak ni?? For those yang suddenly rasa nak join jugak, korang boleh view gambar kat bawah ni dan tengok tarikh karnival ni berlangsung kat tempat korang okay? Kalau dah terlepas, sorry ya. Yuran nya hanyalah sebanyak RM 30 seorang dan RM 100 (4 orang). MAKANAN DISEDIAKAN. So korang boleh pergi laman web dia and daftar secara online. Tiket akan diberikan melalui whatsapp dan anda akan diminta untuk membawa tiket (printed) pada hari tersebut. Cukup details kan? Oh ya, transport sendiri sendiri lah eh hehehe
Okay, perjalanan tak mengambil masa yang lama. Sampai sampai je memang ramai sangat orang. So benda pertama yang perlu dilakukan ialah pendaftaran. Dah habis pendaftaran, kitorang diberikan sarapan pagi ( 2 jenis kuih dan air kotak ). Terus menuju ke Auditorium, ambil seat megikut kumpulan warna yang telah diberikan pada tiket. It takes a few minutes sebelum majlis bermula. Tak tipu yang Emcee dia memang kelakar gila, kalau tak silap nama dia Abang Hassan. Apa yang saya ingat pasal dia ialah, dia amik course Law dan dia sangat sangat lah sempoi orang nya. So, majlis tu memang bukan majlis formal tapi majlis yang penuh gelak ketawa hahaha. Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu kehormat semua. Tetamu kehormat punya ucapan pun mengiburkan hati juga. Mungkin semua yang terlibat memang menghiburkan hati. Atau hati aku yang mudah terhibur? HAHAHAHA.
Berbalik pula kepada abang Hassan, banyak pengisian yang dia bagi pada awal Majlis. Kalau nak gembira kan diri sendiri pun tak boleh, macam mana nak gembirakan ibu bapa? Selebihnya tak ingat lagi apa apa ayat sentap yang dia dah bagi tapi memang kelakar dan bermanfaat. Dalam hidup ni, semua bermula dengan diri kita sendiri. Kita yang tentukan apa yang diri kita nak dan buat. Dan semua tu memang akan mempengaruhi orang sekeliling kita. I would like to share yang program ni bukan semata mata perkongsian tentang cara korang kat IPT, masa depan atau sebagainya. Tapi setiap apa yang kita lakukan, letakkan Allah dan agama sebagai perkara utama dalam apa yang kita lakukan.
Seterusnya, perkongsian daripada saudari Hanan yang bekerja sebagai Geologist dan belajar di luar negara. Aku akan cerita apa yang aku ingat sahaja, sebab nanti jadi benda lain pula cerita ni. Dia tak pernah terfikir yang dia akan jadi Geologist dari zaman sekolah. Tapi, dia memang sangat aktif kat sekolah. Dia suka kan aktiviti luar. Dan aku ingat satu kata kata dia "cuba korang perhatikan, orang yang sibuk ni adalah orang yang berjaya. Ketua pengawas korang mesti sibuk kan". Terus lah point kepada Attiah yang sangat sibuk dengan urusan dia terutamanya KRS. Betul kata dia. Daripada apa yang aku dapat, majoriti apa yang kita mohon nanti untuk UPU, sukar untuk kita dapat. Dan kalau dia tak dapat apa yang kita nak, step pertama korang buat lah research dulu tentang course apa yang korang dapat tu. Mintak pendapat pendapat senior tentang course tu. Yang penting, jangan bodoh sombong. Terima sahaja apa yang korang dapat. Tanamkan niat dalam diri korang yang mungkin ini rezeki korang dan korang akan berjaya dalam course yang bukan pilihan korang ni. Jangan terus taknak belajar dan rasa course tu merepek pula. Jangan terlalu memikirkan yang "Course ni nak kerja apa". Setiap course yang wujud dalam dunia ni, ada peluang pekerjaan. Korang yang tentukan sama ada korang akan buat yang terbaik dalam course korang tu untuk dapatkan peluang pekerjaan yang terbaik atau tidak. Dan semestinya, rezeki Allah itu luas. Kalau semua orang dalam dunia ni nak jadi Doktor, Engineer.. macam mana pula dengan pekerjaan yang lain?
Kedua, sebelum korang mohon tu please alert dengan kelayakan yang dia nak. Syarat syarat kelayakan sangat sangat lah penting untuk memastikan korang boleh dapat apa yang korang nak. Kita beralih pula pada sesi temuduga, dia mungkin takkan tanya apa yang terkandung dalam buku teks sains muka surat 60. Yang diorang nak uji adalah mental korang sendiri. Pemahaman korang tentang dunia luar, banyakkan baca isu semasa. Apa yang korang harapkan dari course yang korang ditemudugakan tu. Apa yang korang boleh berbakti kepada masyarakat tentang course korang tu. Ingatlah, yang setiap pekerjaan yang kita lakukan, pastikan ianya boleh memberi sumbangan kepada masyarakat. Tak kira lah pekerjaan apa sekalipun, semuanya membolehkan kita untuk berbakti kepada masyarakat. Tepuk dada, tanya diri sendiri. Korang yang tentukan cara untuk korang terus berbakti kepada masyarakat.
Okay, lepas tu kitorang berkenalan pula dengan ahli kumpulan kitorang dan mentor kitorang. It's a good discussion dimana kitorang berpeluang untuk dengar cita-cita masing masing. Kitorang dapat share banyak ilmu. Mana kitorang nak pergi untuk cita cita kitorang. Apa yang kitorang minat tu, kitorang boleh jadi apa. Terlalu banyak yang kitorang share. Seterusnya kitorang terus bergerak kepada pameran kerjaya which is banyak sangat kerjaya yang ada. Memang apa yang diterangkan sangat lah details dan daripada orang yang berpengalaman. Semestinya aku terus bergerak pada pameran kerjaya sains komputer which is yang aku memang tak boleh renggang daripada benda benda IT ni. Memang details abang tu ajar. For those yang nak amik Engineering Software pun boleh mulakan dengan sains komputer. Sementara tunggu result ni boleh lah luangkan masa dengan mendalami class class yang boleh membantu korang untuk mencapai cita cita korang. Kalau rasa nanti nak ambil sains komputer, so pergilah ambil class komputer sekarang. Don't ask me where, search google okay.
Kitorang juga didedahkan dengan One Step Close (OSC) yang akan berlangsung pada 4-5 Februari. OSC ni adalah kesinambunga Karnival Lepasan Sekolah 2017. Dia akan menawarkan pakej 2 hari 1 malam di UM dan of course lah kena bayar hahaha. Aktiviti yang ada ialah 'mock intervie' iaitu setiap daripada peserta akan di interview oleh orang yang berpengalaman dalam interview dan diorang akan perbaiki cara korang diinterview supaya korang tak buat silap masa interview nanti. Ini lebih kepada persediaan korang nanti okay. Bagus kan? Lepastu dia akan terangkan lebih details tentang temuduga dan biasiswa. Dan juga, korang akan dapat tahu tentang personaliti korang. Personaliti korang tu sesuai untuk kerja apa and so on. Memang menarik!
Seterusnya, hah register lah pulak untuk PEMBINA. Mungkin korang boleh search google tentang PEMBINA ni. Yuran nya hanyalah RM 5 seumur hidup. Banyak pakej yang ditawarkan contohnya fotografi, kemanusiaan, tarbiyyah dan aktivi aktiviti rekreasi.
So korang boleh pilih mana korang nak and I choose for Tarbiyyah which is macam usrah and Aktiviti Kemanusiaan macam Aman Palestin semua tu lah. Mungkin bila aktiviti tu berlangsung, diorang akan call ( i'm not sure about this ) tapi dah daftar untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Okay lepas solat asar, makan petang semua, kitorang dihiburkan pula dengan persembahan daripada Abang Areef yang berusia 22 tahun dari Tarbiah Sentap. Lagu lagu yang didendangkan bukan lagu yang melalaikan okay. Semuanya lagu lagu yang memberi kesedaran. Kita susah nak jumpa jumpa lagu lagu macam ni. Tapi memang perfect combo, suara lunak, lirik mendalam dan irama dia memang best! Balik rumah, terus download kat spotify dan korang boleh search Areef Music lah kat spotify tu. Kalau korang tak tahu Tarbiah sentap tu apa hmm search google okay. Buku pun ada. Yang penting, abang Areef ni pun kelakar rupanya. Like I said, semua yang terlibat memang menghiburkan.
Ni part paling best iaitu Forum. Ada 4 ahli panel dan seorang moderator. I would like to share yang moderator dia memang kelakar gila dan kuat menyakat. Selamba je hahahah. Lawyer rupanya. 4 ahli panel dia tu memang semuanyaaa berjaya berjaya lah. Ada yang Dr pensyarah and ada yang 26 tahun dah dapat PHD ( rasanay 26 tahun ). Memang bagi inspriasi habis lah. Ada yang diantara diorang juga sambung belajar kat luar negara. So banyak sangat diorang share. Okay kita cerita pasal luar negara. Kita sebagai orang Islam, untuk membawa imej Islam ke luar negara tu memang adalah satu ujian. Kita akan dikelilingi dengan orang yang tak seagama dengan kita. Kita akan dapat kawan yang pergi pub malam malam, mabuk and so on. Tapi tu semua berbalik kepada diri kita. Sebab itu solat jangan tinggal. Ada diantara ahli panel yang kata kadang kadang dia rasa macam nak buat apa yang kawan kawan luar negara dia buat. Dia rasa nak buat semua tu. Kadang kadang nak solat pun susah, so solat lah kat mana mana tempat asalkan solat. Kita akan jadi minority dekat negara luar sebagai umat Islam. Tapi, itu bukan satu halangan untuk kita tak berbangga dengan agama Islam yang kita bawa. Banyak je class class usrah yang dibuat kat sana. Kita sendiri yang kena rajin join lah untuk terus tingkatkan iman kita sendiri dan mesti korang tak percaya yang salah satu panel kitorang tu menang pertandingan debate dekat negara luar. Dia boleh kalahlan rakyat asal negara luar tu sendiri. Tak ada benda yang mustahil, Islam tu mudah. Selagi korang fikir yang Islam tu mudah, semuanya akan mudah.
Okay berbalik pula pada IPT dalam Malaysia ni lah. I have no experience tapi berdasarkan experience ahli ahli panel, boleh lah share sikit. Korang boleh ponteng class sesuka hati korang tapi nanti korang tak boleh ambil exam lah kan. Alam IPT ni sangat bebas dimana korang akan bergaul dengan ramai orang. Kalau korang dapat roomate yang rajin nak ingatkan korang solat and so on takpe. Tapi kalau sebaliknya. Kuatkan lah diri korang tu. Belajar untuk dapatkan keredhaan Allah. Bukan belajar semata mata untuk dapat pointer yang tinggi sahaja. Korang akan dapati yang orang bukan Islam akan struggle gila gila dan pointer dia memang terbaik. Allah akan bagi dekat sesiapa yang dikehendaki-Nya asalkan dia berusaha. Tapi bezanya kita dengan diorang adalah, kita menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah. Asalkan ilmu tu berguna. Itulah bezanya orang yang hanya cemerlang atas kertas dan orang yang cemerlang dalam kehidupan. Bawa lah agama Islam kita kemana pun kita dan siapa pun kita jumpa. Terutamanya perempuan, banyak sangat ujian kat alam IPT yang kita tak sangka. Ada juga kes yang bercinta lepastu putus cinta frust, pointer jatuh padahal selalu depata DEKAN tu. So salah satu ahli panel cakap jangan bercinta haahaahhah. Dan lelaki, berhenti main game. Lagi lagi game yang memaparkan gambar gambar tak senonoh tu. Mata kita diciptakan untuk melihat kebesaran Allah, tapi kalau mata ni kita dah gunakan untuk melihat perkara maksiat, macam mana kita nak lihat kebesaran-Nya?
Okay, I have done my best nak cerita kat korang yang program ni sangat lah bagus. So, mungkin tahun depan korang boleh join atau kalau ada date yang tak habis lagi ni, korang boleh pergi. Tak rugi RM 30 sebab korang banyak sangat dapat ilmu. Ilmu ni kita kena terus cari sampai bila bila. Dan segala kekurangan dalam penulisan ni aku minta maaf. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman yang diceritakan oleh mereka. So alhamdulillah dapat buat preparation untuk masa depan dan luaskan minda sikit. Kesimpulannya, apa jua yang kita buat niatlah kerana Allah S.W.T dan kembangkan lah agama Islam kita dalam apa jua cara. Umat Islam takkan menang kalau kita sendiri tak dapat jaga imej kita sebagai umat Islam. Ingat orang yang cemerlang hanya di atas kertas berbeza dengan orang yang cemerlang dalam kehidupan. Pilihlah, jalan yang kita nak. Dan, takkan lah aku nak buang masa update panjang panjang ni kalau program ni tak memberi faedah kan? Thankyou sebab sudi membaca dan harap dapat memberi sedikit ilmu kepada korang. Assalamualaikum.