Sunday, May 14, 2017

#STechMeetAndGreet2017



Assalamuakaikum, semua. Harini nak update pasal event kitorang beberapa minggu lepas iaitu pada 7 Mei 2017 di Kompleks Sukan Airpot. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan diharapakan.

Dengan kehadiran hampir semua pelajar kelas 5ST dan hampir kesemua cikgu subjek 9 matapelajaran SPM, semuanya berjalan dengan sangat sangat lancar argh seronoknya! Cuma Aisyah, Nisa & Balqis tak dapat datang. Cikgu Hashita, Cikgu Farihah dan Cikgu Azhariah pun tak dapat datang :(

Kitorang memang dah plan event ni sebulan sebelum. Hahaha bukan senang nak minta persetujuan semua lagi lagi setakat nak bincang dalam whatsapp group. So kalau bincang lebih awal, masing masing dapat kosongkan jadual, yang kerja boleh minta cuti awal awal betul tak?