Thursday, February 20, 2020

Diploma Logistics Politeknik MeTrO Johor Bahru?


Assalamualaikum and hai semua! After a long time baru harini Wani berkesempatan nak update blog untuk new entry yang diberi tajuk "Diploma logistics Politeknik MeTrO Johor Bahru?" Okay ke? Best ke? Mahal ke? Senang masuk ke? Yes ni semua soalan yang bermain dalam fikiran masa dapat surat tawaran kena sambung Diploma dekat sini kan? Haha! Jangan risau, Wani akan cerita serba serbi semampu Wani supaya korang lebih bersedia ya. Btw, Wani batch sesi Jun 2019 dan dah tamatkan pengajian dengan jayanya.

Okay Wani just mudahkan supaya korang pun faham and takde lah entry ni panjang berjela kang korang mengantuk pulak membaca nya. Politeknik MeTrO Johor Bahru ni terletak dekat area Taman Suria / Kampung Melayu untuk mudahkan pencarian korang. Kalau korang tahu Giant X-Tra Taman Suria mesti korang akan perasan Politeknik ni cuma nampak tak nampak sebab dia kira macam kampus luar, dekat shop lot sahaja. Tak macam Politeknik lain ada tanah lapang, banyak fakulti, banyak kamsis dan padang semua tu ya.

Dah, jangan overthinking sangat. Relax dulu, kat sini semua course Jabatan Perdagangan ya jadi ada 3 course sahaja iaitu :

- Logistik dan Rangkaian Bekalan (3 sem pengajian, 2 sem practical)
- Perbankan Islam (4 sem pengajian, 1 sem practical)
- Keusahawanan (3 sem pengajian, 2 sem practical)

Jadi korang dapat yang mana satu? Common famous course adalah Logistik dan Rangkaian Bekalan kat sini. Walaupun shop lot tapi jangan risau gang, ada banyak kelebihan kejap Wani list kan okay?

Suasana setiap pagi especially hari Rabu (koko) kelab keusahawanan akan jual makanan


- Bersebelahan dengan Giant so korang kalau nak beli barang 
dapur ke shopping apa apa senang. 
- Bersebelahan dengan 7 Eleven so kalau masa break or pagi boleh la beli breakfast.
- Ada Suria Cafe dekat Politeknik ni normally pagi atau time break
ada orang letak makanan untuk dijual, korang pun boleh jual.
- Library, class dan surau SEMUA aircond
- Banyak pilihan kedai makan, dobi, pasar basah, rumah sewa / bilik sewa

Aik bilik sewa? Rumah sewa? Ya, Politeknik MeTrO Johor Bahru tak ada kamsis / kolej tau. Jadi korang kena menyewa luar. Normally masa Wani dulu sebelum pendaftaran Wani dah survey nak bilik sewa mana, tapi after pendaftaran akan ada orang promote bilik sewa diorang. So korang tinggal pilih je nak sewa dekat mana. Yes, shop lot jugak tingkat atas. Tak bercampur lelaki perempuan jangan risau, and tak bahaya selagi korang jenis "tak balik lambat" atau melepak sampai "subuh".

Untuk lelaki normally korang boleh menyewa ramai-ramai dekat "banglo". Sebelah Politeknik ni kawasan perumahan Taman Suria. Lelaki suka duduk satu rumah banglo ramai-ramai dengan senior semua tapi bayaran sewa tak mahal sebab share ramai. Rate bilik sewa dekat sini pun paling mahal RM200 (termasuk bil api air) sebab memang diorang tahu student. Ada banyak pilihan, atas 7 eleven ada, atas dobi ada, atas Al-Jabbar ada. Eh banyak sangat nanti korang automatik tahu.

So korang hari-hari akan jalan kaki je pergi class, ya Allah dekat ya amat. Lagi 15 minit nak start class pun sempat haha! 



Class TECC, semua meja warna warni. Smart Board tak guna marker/chalk okay
 and fully aircond

Yes class semua memang aircond, senang je korang nak cari class jangan risau dan sangat-sangat selesa korang takkan berpanas atau berpeluh ya. 


Student Centre

Okay ini pula gambar student centre, biasa kalau ada perjumpaan kecil-kecilan atau korang nak study group ramai-ramai pun boleh kat sini. Kat sini pun aircond and second option lah kalau Library penuh. Dekat Library ada banyak bilik "private" yang korang boleh buat discussion atau study tanpa diganggu. Dalam student centre ni ada Gym and Bilik Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kalau korang ada cita-cita nak jadi MPP nanti memang dalam bilik tu tempat khas korang meeting, buat proposal etc.

Jangan risau, sebelah Student Centre ni ada Library and Poly Mart. Aik Poly Mart tu jual apa pulak? Korang nak photostate, print, beli baju politeknik, stationery, snacks semua kat situ lah. Kena alert sikit waktu buka and tutup dia kadang-kadang tak stabil haha! Kalau tutup, korang boleh pergi print / photocopy kat Giant area Cool Blog.

Cakap pasal Giant jangan risau sebab Giant tu ada Food Court. Biasa waktu break / lunch memang student akan makan situ atau Marry Brown / Mummy R / Harum. Mana-mana korang suka lah ya. Food court tu paling easy sebab harga student and berbaloi nasi lauk dia. Oh yes nak keluarkan duit ada mesin ATM jugak kat situ! Ehehe. 

Kalau waktu petang / malam pulak depan bilik sewa korang tu ya Allah banyak kedai makan. Banyak sangat-sangat. Kalau rasa tengah nak saving, makan aje Nasi Bujang eh tak sampai RM5 haha.