PT16689, Jalan Nilai 3/10, 3, Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Open everyday 11am - 11pm.
Hai & Assalamualaikum semua :) Haaa datang sini mesti sebab nak baca review makanan dekat Sharing, Nilai 3 kan? Tengok kawan pergi? Jiran pergi? atau tersenarai dekat tempat makan best di media sosial? So harini Wani akan cerita serba sedikit review makanan dan tempat dekat sini!
First, korang boleh je waze "Sharing @ Nilai 3" nanti mesti keluar dan ikut je direction. Kalau korang ada masalah internet tak boleh Waze haha incase okay, korang boleh masuk simpang pertama di Nilai 3 kalau dari arah Pasar Raya FM. Ini more to direction untuk orang Nilai, kalau dari arah yang Pasar Raya FM sebelah kanan, korang kena masuk simpang kanan pertama Nilai 3. Masuk hingga ke hujung, nanti belah kiri ada simpang and korang akan nampak MK Curtain punya outlet sebesar alam. Okay dah nampak MK Curtain? Sharing ni tengah-tengah diantara 2 outlet MK Curtain, sambil makan boleh cuci mata membeli belah wah gitu. Untuk yang tak familiar, Wani suggest tengok ajeee ya Waze tu.
Rasanya owner dia sama dengan MK Curtain tu sebab bila tengok gambar, owner dia macam pernah viral buat video tiktok fasih berbahasa Melayu walaupun dia Chineese. I was so excited masa tu tapi tu tanggapan je lah melalui poster yang terhidang. Mungkin kita boleh confirmkan nanti, cuba korang tengok gambar bawah ni?
Kita mulakan dengan ruang dan tempat, luas sangat-sangat macam dalam gambar kat atas. Diapit oleh 2 'dine-in cabin' kiri dan kanan. Tengah-tengah pulak korang boleh juga nak makan sebab santai boleh hirup udara luar. Dia ada atas juga, tapi kalau tak ramai tak buka rasanya sebab atas pun 'dine-in cabin'. So dalam gambar tu boleh nampak 'dine-in cabin' yang berpenghawa dingin (aircond). Wani choose untuk duduk kat dalam sebab sengaja haha macam fancy kalau duduk dekat dalam.
Dah selesai untuk ruang dan tempat, mesti korang nak tahu pula pasal harga? Come on, harga kalau dari pendapat Wani sangat berpatutan, mampu milik dan berbaloi yang penting. Portion dia besar dan mencukupi sampai kenyang terduduk nasib tak terbaring dibuatnya. So Wani dah siap-siap ambil gambar menu supaya korang boleh datang sini nanti!
![]() |
First Branch di Semenanjung (Nilai 3) |
![]() |
Kalau korang datang waktu lunch 11pm hingga 5pm korang boleh beli this menu RM10 je jimat tak jimat? |
![]() |
Okay dipersilakan untuk peminat pasta. |
![]() |
Best ya macam-macam jenis ada! Lepastu portion ayam besar tak percaya? |
![]() |
Untuk yang diet tapi kawan ajak teman makan, takdehal tau haha. |
![]() |
Okay dessert and beverages Wani tak try lagi sebab tadi minum plain water je! Haha kalau korang dah try boleh share review dekat comment. |
So macam mana setakat ni korang okay ke tak okay dengan harga dia? Kalau tanya Wani memang tak tipu berpatutan dan kenyaaaang. So Wani makan apa tadi? Jom Wani share.
![]() |
Chicken Maryland (RM15.90) Yummy sedap tapi maybe nanti boleh minta extra sauce hehe ayam dia ada 2 keping tau. |
![]() |
Carbonara with Chicken Breast (RM16.90) Yummy again sebabb creamy sangat and pair dengan chicken breasst lazaat. |
Sekian sahaja review dari saya! Nanti kalau korang datang sini boleh lah tinggalkan comment so orang lain pun boleh baca honest review korang tau. Thank you for reading! :)