Thursday, December 10, 2015

9 December 2k15

Assalamualaikum. Yay my third entry 💋 Agak agak harini cheq nak cita pasaiipaa naaa? Tak ada lah, cerita tak berapa nak menarik cuma semalam keluar dengan kawan kawan pi Midvalley jaaa 😂

First of all, actually plan nya memang nak tengok movie. So plan go on tengok lah cerita The Good Dinosaur and for sure cerita tu sangat lah tak membosankan. BEST GILAAA!! Korang yang kalau suka cerita comel comel, kelakar kelakar boleh sangat lah tengok cerita ni. Ending dia sedih. Untuk manusia macam aku ni, memang bergenang airmata hewhew.

Lepas habis movie pertama, kitorang beralih movie kedua pulak. Disebabkan pergi nya 3 orang je which is Aisyah tak ikut sebab tonsel bengkak okay then so just me, Iman and Icha. Aisyah heboh kata Banglo Berkunci seram sangat which is lakonan Intan Ladyana, Adibah Yunus, Fadlan Hazim & so on... Kitorang pun sahut cabaran tu nak tengok cerita "seram" tu. But i'm so sorry jalan cerita sangat sangat la slow but okay ada la gimik gimik bunyi kuat yang buat terkejut but most of all benda kelakar + gelabah. Lagi lagi watak Fadlan Hazim yang terlalu gelabah and berlagak. Boleh pulak nak panggil hantu tu? 😑 disebabkan watak dia macam tu, benda tu kelakar lol. Part hantu pun tak banyak mana. Tak ramai pun tengok. Seat belakang sekali and second last full. Depan ada lah 5 orang. ITU SAHAJA.

After habis 2 movie okay nak pi makan pulak, pusing punya pusing tak tahu nak makan apa. Tak ada idea. Lastly drop dekat Little Penang Cafe 🍴 Char Kuey Tiaw dia the best 😋 SUPERB. Alaa restoran biasa biasa but harga sangat berbaloi dengan rasa kuey tiaw nya.

Itu je cerita semalam, will update anything soon 💕 because tomorrow is my birthday yay 💋💋💋

Monday, December 7, 2015

#4STHavocParty2k15


Assalamualaikum & Hai my lovely readers 
 Okay harini nak cerita tentang Jamuan Class 4Sains Teknologi SMK Taman Semarak 2015. For those yang tak tahu SMK Taman Semarak ni, terletak di Nilai, Negeri Sembilan ☃ 

LOKASI : The Windmill Station, Airport Sport Complex, Nilai, Negeri Sembilan.

For sure kitorang ni jenis yang taknak Jamuan sekadar "makan". Kitorang nak buat aktiviti santai. Macam macam plan dari mula. Konon nak buat kat hotel, kat tepi laut, kat IOI pun pernah terfikir. But lastly we choosed this place. Sebab? Kitorang nak buat tournament bowling memandangkan guru kelas kitorang pun suka sangat main bowling. Nak buat keputusan ni biar semua suka, jangan nak ikut kepala sendiri je.

Nampak macam riak bila cakap nak buat kat hotel & so on? Actually kitorang tak keluar banyak duit langsung, tak sampai RM30. For sure kelas kitorang yang 16 orang ni sangat senang nak diuruskan. Ya, sangat senang hahahahha. Pelik? Sebenarnya kitorang Juara Bertahan berturut turut hampir setiap minggu untuk Anugerah Keceriaan & Kebersihan kelas. So the end of the day kitorang dapat duit (ratus). Lepastu dapat lagi duit Anugerah Kelas Berinformasi (puluh). So itu yang kitorang manfaatkan untuk buat "party" ni. 

Dalam keseronokan kitorang ni, ada benda yang lebih kelakar. Lepas balik dari Jamuan ni, ada pulak seorang pakcik ni tegur kat Secret Recipe, "UMNO ke ni?" HAHAHAH what?! Tak perasan langsung dengan tudung merah, baju putih nampak macam UMNO. Masa discuss tema tak fikir apa apa. Ya, sampai harini ingat benda tu dan sangat berwaspada nak pakai baju warna putih dan merah.

Ya, 16 orang memang nampak mudah nak uruskan but korang tak tahu how hard nak handle semua ni. Daripada nak makan menu apa (personally, setiap orang lain makanan), sampai lah ke Tema, sampai lah ke masa, tempat, berapa game nak main bowling, hadiah bowling & so on. But bersyukur semua berjalan lancar and semua gembira. Ya, alhamdulillah.

Dalam pada gembira, takkan lah tak sedih ye dok? Maybe ni kali terakhir kitorang dapat spendtime dengan ustazah Rohana macam ni which is guru kelas kitorang. THE BEST GURU KELAS EVER OKAY. Okay itu cerita peribadi, bagi clue sikit cukup. Masih terniang ngiang dalam kepala ni siapa lah guru kelas next year kan? But that doesn't matter. Okay now Wani akan share gambar sekitar "party" ni okay? 


while waiting for Ustazah....


without Ustazah 


Sponsored by Ustazah Rohana 


our beloved Ustazah


























































Thankyou to Nayli for all the high quality pictures. Can't forget all of you, i promise. Thankyou for the great memories ever. Goodluck for our pre test early next year, semoga semuanya dipermudahkan nanti in sha Allah.

LOTS OF LOVE, SYAZWANI