Sunday, December 6, 2015

DECEMBER'15

Assalamualaikum & bismillah... Cerita dia dah lama tak menulis ni. Pejam celik pejam celik dah December. Everything just berlalu dengan pantas. Dalam tak sedar lagi beberapa minggu dah nak tahun baru. Ya, everyone hope for a better life next year.

Just for me as a student, harap otak lebih cekal sebab next year dah nak SPM HAHAHAH. Can't wait to finish my school soon but i know i will miss it one day. Ye lah, masa sekolah ni lah yang kita tak payah fikir pasal duit, pasal gaji, pasal sewa rumah, bil air, bil elektrik, cukai itu dan ini, bayar itu dan ini. Ya, zaman sekarang ni mana ada yang percuma. Hargai lah zaman sekolah ni, duit belanja pun hari hari mak ayah kasi. Tak payah fikir apa, mak ayah just mintak kita jadi orang yang berguna je. Untuk masa depan kita sendiri jugak kan?

Siapa rasa tahun ni dia banyak membazir duit ke arah benda yang tak berfaedah? Bila fikir balik duit tu boleh beli benda lebih berfaedah. Nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur. I would like to bagi sedikit nasihat, untuk diri ni sendiri jugak. Lagi lagi untuk yang asyik mintak duit, dapat. Mintak duit, dapat. Kadang kadang bukan sebab mak ayah kaya, tapi mak ayah nak kita selesa dan senang. Pernah fikir?

Mak ayah cari rezeki siang dan malam untuk keperluan seharian kita. Tapi kita ni punya lah malas nak belajar. Lagi 2 hari nak exam, baru terkial kial nak bukak buku (2 hari macam teruk sangat). Sekarang ni orang nampak kita berharta atas kekayaan mak ayah kita. Atas hasil usaha mak ayah kita. But ingat, sampai bila kita nak habiskan duit mak ayah je? belajar lah bersungguh dari sekarang, bagi mak ayah senang dan selesa nanti. Balas jasa diorang, itu baru #LifeGoals. (nasihat untuk diri sendiri juga)

Okay ni dah macam tazkirah bulan Disember pulak hahahah. No, kita sesama manusia tak salah nak menasihati antara satu sama lain kan? Bukan kita kata diri kita sempurna. Selagi masih bernafas, tak apa nak menasihati. Tapi dah nasihat orang tu, jangan lupa nak terima nasihat orang lain pulak okay? Heheh

Okay, tak boleh tulis panjang sangat untuk entry pertama. Will update more soon, stay tune kita share sama sama suka duka life kita. If tak kesah, boleh share kan link blog korang dekat ruang comment sebelah kanan ni okay?

LOTS OF LOVE, SYAZWANI 

No comments: