Saturday, March 18, 2017

Appreciation Post :)




Assalamualaikum & hai everyone. Ya Allah, alhamdulillah untuk semua rezeki dariMu. Result dah keluar Khamis lepas 16 March 2017. For sure ni kira macam appreciation post untuk setiap daripada mereka yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan :) Yes, this is just the beginning dan moga moga ini adalah suatu permulaan yang baik, in sha Allah.

Wani & Wawa sampai sekolah around pukul 930 pagi, turun turun je kereta terus jumpa Syafiqah & Sabrina dan juga dapat borang isi KPTM. Okay thats wow! Suddenly terserempak pula dengan Teacher Mariah & teacher kata result keluar pukul 12 sebab pengetua baru je keluar pergi ambil result, ini lagi wow hahaha kena tunggu lebih kurang lagi 3 jam kot! So kitorang tanpa melengahkan masa pun pergi lah minum minum kejap dekat Nasi Kandar Impian which is NKI hahaha. 




After a few minutes minum minum (Syaf belanja), kitorang pun gerak lah pergi sekolah balik. Makin lama makin ramai parents & pelajar yang dah sampai. Satu demi satu rahsia terbongkar hahaha. Nisa dah check result SPM melalui sms, so dia bagitahu dekat group class. Lagi lah bertambah nervous kan bila dah tahu result orang tapi tak tahu result sendiri? Fuhh sabar sabar. Lepastu Hassan pulak check result melalui SMS, bila dah dapat tahu result dia hmm insecure melampau pulak hahaha. Lepastu Cikgu Eshah pulak kata BM ramai A, okay tu agak lega at least ada lah satu A dah pegang hahahaha eh? Bukan itu sahaja, dapat pulak maklumat Kimia semua lulus! Ingat tak menangis ke? Ya Allah, sumpah taknak hampa kan cikgu alhamdulillah 100% lulus, okay dah boleh agak agak takde failed (kononnya). Tak cukup dengan itu, Fizik pulak 100% lulus. Ya Allah, takde failed lah ni kot tapi addmath cikgu taknak bagitahu so dah jadi was-was gila. Jalan punya jalan suddenly terserempak dengan Sir Rajan. Another good news! Sir kata result "improved a lot" termasuklah English, ya Allah lagi lah nak luluh jantung ni rasanya tahu tak? Lepas sorang sorang, bagitahu.

Kitorang ni pun menanti dengan penuh kesabaran. Tiba tiba dapat tahu pulak 3 orang straight A. kitorang pun memula kan lah "kaji selidik" siapakah 3 orang itu? Haikal Taufik sudah semestinya! Tapi lagi 2 orang ni ingatkan perempuan, tapi tak.......... Suddenly Cikgu Jamil pulak datang dan ucapkan tahniah sebab GPA sekolah naik mendadak after a few years 3 orang straight A and memang keputusan terbaik SPM 2016. Waktu tu tak tahu nak fikir positif ke tak, sebab tak tahu yang diri ni menyumbang kepada keputusan terbaik atau tak. Jadi, tunggu je lah Pengetua sampai. Pengetua masuk dengan penuh senyuman, ni pun tak tahu nak positif ke tak hahahaha.



Okay ni situasi dalam Dewan pulak, berminit minit kot berdiri, dengan berpeluh-peluh sebab nervous hmm, Cikgu Samsul bagi "briefing" dulu sebelum memulakan majlis. Lepastu dia umumkan dulu yang straight A for sure! Nak tahu siapa?

Haikal TaufikSaiful HafiziNabil Adlan

Memang wow gila! Tapi memang boleh disangka keputusan diorang :) Tak mampu nak pandang depan sebab rasa nak menangis tengok parents diorang happy ya Allah. Then dimulakan dengan 5A, 6A, 7A, 8A, 9A... OKAY DONE. Ramai gila hahahah 20 orang tak silap alhamdulillah rasa berbangga tengok semua. Conclusion, apa aliran yang korang ambil sekalipun, korang tetap boleh buat yang terbaik or even boleh dapat straight A! Yang penting, usaha tau.

Okay, tiba masanya untuk ambil result. Beratur lah amik result mengikut class dekat Cikgu Syikin. Lepas sorang, sorang menangis. Nak fikir apa pun tak tahu ni. Dah terlalu nervous tengok result orang lain. Sampai je kat Cikgu Syikin, terus cakap "Cikgu, saya taknak tengok boleh tak", lepastu Cikgu cakap "Waniiii, wani lulus addmath". Ya Allah, terbeliak jugak lah mata mentelaah result satu per satu. Stuck, airmata taknak keluar. Lepastu peluk Teacher Dee terus menangis. Sejujurnya, memang tak pernah lulus addmath. Berkat sokongan Cikgu yang sentiasa bagi semangat untuk tak mengalah, sempat jugak lah struggle untuk passed addmath. Alhamdulillah. Can't say anything, call Mama pun memang menangis. Bila semua dah ambil result, Ya Allah lega nya. Lega sangat-sangat.




I'm done with my SPM, alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan yang seterusnya. Terima kasih yang tak terhingga dan tak terbalas kepada Mama & Abah yang sentiasa bagi support, hantar tuition, bagi pergi seminar & so on. Ya Allah, moga aku dapat membalas jasa mereka in sha Allah. Terima kasih juga kepada makcik / pakcik yang selalu membanding-bandingkan result orang lain, sebenarnya tu satu semangat supaya takkan dibandingkan hahahaha.

For sure, terima kasih kepada 5 SAINS TEKNOLOGI. Ya Allah, tanpa korang tak tahu lah apa jadi dekat aku ni hah. Nayli, terima kasih sebab selalu ajar Wani addmath & Math (dia memang pro) walaupun Wani ni kena terang banyak kali baru faham. Wawa, terima kasih sebab sentiasa buat aku bersaing dengan result BM kau, hahahah akhirnya A jugak BM walaupun memang selama ni A, risau tak A pulak SPM. Adriana, ni pun memang pro Addmath! Cepat gila kot dia faham apa cikgu ajar, terima kasih Ad sebab sentiasa bersabar ajar aku. Sara, terima kasih sebab selalu melontar-lontarkan idea yang aku tak sangka sangka tapi kadang kadang bernas untuk digunakan hahaha. Aisyah, terima kasih sebab selalu percayakan aku dan tolong aku bila ada emergency (projek TK contohnya). Attiah, terima kasih sebab tumpangkan pergi Edunation and semua program program yang lain. Ajar agama, addmath & so on! Terima kasih kat parents kau juga. Tak termampu aku nak balas :) Iman, thankyou sebab banyak ada dengan wani and selalu bagi aura positif untuk wani.  Fifi, terima kasih sebab selalu menyedarkan aku bila aku blurr tak faham satu apa pun aku buat hahah kau sebenarnya memang pandai! Nisa, terima kasih untuk semua benda yang Nisa dah buat untuk Wani dan semua ilmu yang Nisa dah bagi dekat wani. Balqis, terima kasih sebab selalu melontarkan idea yang sangat bernas, goodluck dekat alam universiti nanti! Jangan jadi pasif okay :* Anim, terima kasih weh sebab selalu ajar dan bagi aku tiru addmath kau walaupun kadang kadang aku memang tak boleh nak faham haahahah. Nabilah, ni memang semua subjek dia banyak membantu! Tak pernah putus asa nak ajar serious. Terima kasih Nab, terima kasih sangat sangat. Icha, terima kasih sebab sentiasa bagi aku semangat untuk terus buat yang terbaik dan sentiasa teman aku pergi toilet! Ya Allah, siapa lah nak teman aku pergi toilet kalau sambung belajar nanti hahaha. Ali, terima kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar kat aku even dalam whatsapp ke dalam class ke dan terima kasih sebab selalu menyokong aku! Teruskan menyokong okay? Hehe. Haziq, walaupun kau menyakitkan hati tapi aku hargai semua ilmu yang kau kongsikan dengan aku walaupun kau macam malas tak malas je nak terang kat aku ni kan. Haiqal, terima kasih untuk idea-idea yang kau bagi kat aku walaupun kadang-kadang aku stress tak stress je dengan kau. TERIMA KASIH.

Kalau nak sebut nama cikgu sorang sorang, memang banyak gila kot! Cikgu tadika, cikgu sekolah rendah, sekolah menengah, tuition, seminar... Terima kasih semua cikgu yang banyak mencurahkan ilmu :* Tak lupa juga, terima kasih kawan kawan yang lain, yang memang banyak membantu, lots of love :)

Alhamdulillah.







No comments: