Friday, January 12, 2018

DUTA JAUHAR 5.0


Hai assalamualaikum semua! Ya Allah lama sangat dah ni tak update blog so I'll start tonight sebab passion terhadap blog ni memang takkan dapat dihapuskan walaupun berbulan tak update. Harini nak cerita pasal apa ya? Duta Jauhar? Absolutely yes, harini Wani sendiri nak cerita macam mana Wani boleh terjebak dengan benda ni. 

Okay Wani dan roommate masa ni tengah cuti sem ke cuti apa entah tapi yang pasti tak berada di Poli, masing masing ada kat rumah. Kitorang dapat satu message dari whatsapp group untuk join Duta Jauhar, silapnya kitorang ni tak berfikir panjang dan terus join sebab acah acah ingat sukarelawan. Bila search google pulak, google kata Duta Jauhar ni kita kena bentangkan projek untuk membangunkan Johor! Membangunkan Johor like seriouslyyy? Dengan Poli tak sediakan transport, kitorang gunakan alasan tu untuk tarik diri lagipun ada few seniors yang bagi nama tapi taknak join. Tapi Puan Aina kata kalau dia sediakan transport kitorang nak pergi ke? Terkedu weh tak tahu nak cakap apa sebab nampak gaya memang kena pergi! Berbekalkan pengalaman yang zero dan tak tahu apa benda pasal Duta Jauhar, kitorang pun minta idea Puan Aina dan dia suggest buat Recycle Rescare dimana projek ni kitorang kumpulkan barang barang terpakai, jual kira macam bundle dan duit tu diderma kan kepada rumah kebajikan. So kitorang beriya lah struggle buat slide dan kat atas ni adalah gambar waktu Maghrib dekat UITM Pasir Gudang. Ini lah detik yang Wani sendiri takkan lupa iaitu present dengan ada juri nya whatt ini bukan Akademi Fantasia for sure.