Friday, January 12, 2018

DUTA JAUHAR 5.0


Hai assalamualaikum semua! Ya Allah lama sangat dah ni tak update blog so I'll start tonight sebab passion terhadap blog ni memang takkan dapat dihapuskan walaupun berbulan tak update. Harini nak cerita pasal apa ya? Duta Jauhar? Absolutely yes, harini Wani sendiri nak cerita macam mana Wani boleh terjebak dengan benda ni. 

Okay Wani dan roommate masa ni tengah cuti sem ke cuti apa entah tapi yang pasti tak berada di Poli, masing masing ada kat rumah. Kitorang dapat satu message dari whatsapp group untuk join Duta Jauhar, silapnya kitorang ni tak berfikir panjang dan terus join sebab acah acah ingat sukarelawan. Bila search google pulak, google kata Duta Jauhar ni kita kena bentangkan projek untuk membangunkan Johor! Membangunkan Johor like seriouslyyy? Dengan Poli tak sediakan transport, kitorang gunakan alasan tu untuk tarik diri lagipun ada few seniors yang bagi nama tapi taknak join. Tapi Puan Aina kata kalau dia sediakan transport kitorang nak pergi ke? Terkedu weh tak tahu nak cakap apa sebab nampak gaya memang kena pergi! Berbekalkan pengalaman yang zero dan tak tahu apa benda pasal Duta Jauhar, kitorang pun minta idea Puan Aina dan dia suggest buat Recycle Rescare dimana projek ni kitorang kumpulkan barang barang terpakai, jual kira macam bundle dan duit tu diderma kan kepada rumah kebajikan. So kitorang beriya lah struggle buat slide dan kat atas ni adalah gambar waktu Maghrib dekat UITM Pasir Gudang. Ini lah detik yang Wani sendiri takkan lupa iaitu present dengan ada juri nya whatt ini bukan Akademi Fantasia for sure.




Kitorang ni memang tak ada keyakinan nak pergi, main redah je sebab tak tahu apa apa. Dengan persaingan yang tak payah cakap lah dari Universiti lain. Orang lain sibuk buat produk tapi kitorang boleh buat amal kebajikan HA HA HA. Okay jadi memang tak rasa pun macam boleh diterima projek kitorang so relax je lah sampai 9 malam tunggu keputusan. Tunggu punya tunggu, hah dapat weh projek RECYCLE RESCARE. Time tu otak dah blank memang dah mati akal tak tahu nak buat apa lepastu tapi dalam hati rasa seronok lagi lagi Grand Finale seterusnya kat USIM, Nilai. Balik rumah beb hahahaha.




Ini lah tiket Grand Finale yang kitorang dapat untuk ke USIM! Rasa dia lain macam dan ini adalah barisan wakil IPT yang projek mereka diterima. Nampak kan Durka kat situ? Hihi


Dalam process sebelum ke USIM, kitorang dah beriya ni siapkan survey dengan masyarakat semua. Pergi interview makcik jual jagung, jual goreng pisang, abang abang kat Bazaar karat yang jual bundle apa semua, masa ni ahli kitorang hanya 8 orang dan semuanya perempuan. Bila kitorang bentangkan projek dekat Pengarah, pengarah ada bagi beberapa cadangan yang sangat sangat motivate kitorang. Dan kitorang pilih Madam Logais untuk jadi Penasihat kitorang. Kenapa dia? Sebab dia tip top marketing dan dia sendiri ada produk TOOLKIDZ untuk kanak kanak istimewa, dia macam jam and kalau jam tu warna hijau maknanya kanak kanak tu gembira haa macam tu je lah Wani boleh gambarkan dan projek dia dah sampai Bangkok. Jadi lepas bincang punya bincang dengan dia, dia kata dia nak idea yang lebih debomz so kitorang proceed untuk buat REFELKIDZ. Kat sini lah tercetusnya REFLEKIDZ. 

Apa itu reflekidz? Reflekidz Mat ni adalah satu karpet dimana macam terapi carakerja untuk kanak kanak Cerebral palsy, kita sendiri tahu kanak kanak Cerebral Palsy ni ada masalah otot and korang boleh google untuk details kanak kanak ni. Jadi Reflekidz Mat ni mampu untuk merangsang deria sensori kanak kanak ni, dia macam karpet refleksologi tapi beza nya Mat kitorang ni warna warni okay! And kalau pijak memang massage betul rasanya dan kitorang hanya gunakan rumput karpet plastik, water colour, dan batu dari nursery but sekarang dalam proses tambah baik projek.


Tahap mati kutu kitorang masa kat USIM ni sebab dia banyak jemput orang luar bagi talk salah seorang nya adalah Zain Saidin and penyanyi Wani Music sebagai hiburan! Masa Grand Finale kat USIM ni kitorang memang tak perlu present apa apa sebab 100% based on proposal yang kitorang hantar. Hmm waktu ni memang tak boleh rasa apa, ye lah kitorang menang haritu dengan projek Recycle Rescare okay boleh terima lah sebab ada presentation. Ini tiba tiba hantar proposal Reflekidz yang pihak Duta Jauhar tak pernah dengar pun kitorang present jadi nyawa kitorang memang 100% dekat tangan proposal, tapi kitorang buat yang terbaik untuk proposal dan kitorang dapat walaupun projek yang baru! Hanya 32 projek dipilih daripada around 90 macam tu rasanya ya Allah dia punya rasa tu tak boleh gambar, hilang rasa patah tengkuk duduk dalam bas 5 jam.


Haa belanja lagi gambar Durka ambil cheque haha ya kitorang dapat Dana permulaan sebanyak 1K dan itu hanya untuk buat survey, 2-3 Februari ni kitorang akan ada sesi pitching dekat Pasir Gudang. Lepasni tak tahu lah berapa projek dia pilih daripada 32 projek ni tapi kitorang sehabis baik buat yang terbaik.





No comments: