Hai & assalamualaikum semua! Ish dah lama sangat tak blogging but for sure harap entry kalini bermanfaat untuk korang semua & korang boleh pergi try sendiri hihi
Harini wani lunch dekat April 24 Cafe, Bangi. Okay cafe ni buka pada pukul 1p.m. sehingga 3a.m. yes korang tak salah baca, memang 3 pagi tau! And terletak di Jalan Medan Pusat Bandar, 8A, Bangi. Okay korang memang takkan perasan cafe ni barangkali sebab cafe ni underground, tapi rasanya kalau korang tengah drive tu minta la passenger tu tengokkan ya kiri kanan nanti nampak lah pintu 24 Cafe dia nampak macam buka tak buka tapi korang kena masuk dalam dulu, scape biasa biasa je ada lah dalam 10 hingga 12 meja lebih kurang tapi rasanya waktu malam dia akan open table kat luar!
Untuk maklumat lanjut korang boleh follow IG diorang : @april.twentyfour
Okay baiklah wani akan mula share tentang food kat sini, boleh abaikan kat atas sebab masa tu tengah sedap mengunyah Air Love You ya Allah banyak laici sangatt moga murah rezeki kedai ni ya!
Chicken Scallopini Pasta
Harga : RM19.90
Carbonara dia memang menepati tekak wani and portion dia memang banyak gila, kalau orang kurus makan mungkin boleh share 3-4 orang but wani share 2 orang je hihi ditambah pula dengan chicken chop kat sebelah tu dengan sauce carbonara, tak tergambar keenakannya. Korang boleh cuba!