Thursday, June 28, 2018

APRIL TWENTY FOUR CAFE, BANGI




Hai & assalamualaikum semua! Ish dah lama sangat tak blogging but for sure harap entry kalini bermanfaat untuk korang semua & korang boleh pergi try sendiri hihi 


Harini wani lunch dekat April 24 Cafe, Bangi. Okay cafe ni buka pada pukul 1p.m. sehingga 3a.m. yes korang tak salah baca, memang 3 pagi tau! And terletak di Jalan Medan Pusat Bandar, 8A, Bangi. Okay korang memang takkan perasan cafe ni barangkali sebab cafe ni underground, tapi rasanya kalau korang tengah drive tu minta la passenger tu tengokkan ya kiri kanan nanti nampak lah pintu 24  Cafe dia nampak macam buka tak buka tapi korang kena masuk dalam dulu, scape biasa biasa je ada lah dalam 10 hingga 12 meja lebih kurang tapi rasanya waktu malam dia akan open table kat luar!

Untuk maklumat lanjut korang boleh follow IG diorang : @april.twentyfour



Okay baiklah wani akan mula share tentang food kat sini, boleh abaikan kat atas sebab masa tu tengah sedap mengunyah Air Love You ya Allah banyak laici sangatt moga murah rezeki kedai ni ya! 


  
Chicken Scallopini Pasta 
Harga : RM19.90
Carbonara dia memang menepati tekak wani and portion dia memang banyak gila, kalau orang kurus makan mungkin boleh share 3-4 orang but wani share 2 orang je hihi ditambah pula dengan chicken chop kat sebelah tu dengan sauce carbonara, tak tergambar keenakannya. Korang boleh cuba!







Chicken Kiev
Harga : RM18.00
Okay ini chicken chop lah kiranya ya, memang betul kata orang mashed potato dia paling sedap di Bangi barangkali sebab memang rasa betul potato dia ditambah pula dengan sauce dia yang secukup rasa and boleh blend well dengan both chicken and mashed potato!



Chilli Cheese Fries
Harga : RM10
Jangan risau kalau tak habis, sis pun tapau bawak balik makan depan tv sambil layan cerita Monalisa okay memang sedap sebab dia ada sauce bolognese. Rupa dia bukan lah sebegitu ya, gambar diatas adalah sewaktu kami tengah try hard nak gaul erm terasa kat tekak pulak tiba tiba ni



Air Love You (kiri)
Harga : RM10
Okay worth dengan harga dia sebab gelas dia besar sangat tak mampu nak habiskan, minum half je tapi sedap sangat sebab dia macam gabungan tembikai, laici & satu lagi lupa! Tapi ni versi tembikai rasa masam masam sedap gitu, kalau peminat laici boleh order sebab laici banyak yelah RM10 kan!

Air Kan Dah Kata (kanan)
Harga : RM10
Okay yang ni pulak air tembikai susu ditambah dengan longan rasa dia okay okay kot habis je orang sebelah tu minum hihi



Okay ini adalah total receipt kami makan berdua, harap korang tak segan-silu lah nak pergi try lepasni ya! Tekan je waze tu April24 mesti keluar lepastu rajin rajin la cari sikit mesti sampai tau!


Okay mungkin tu tak mencukupi but artis pun selalu makan kat sini tau! Meh lah wani sertakan gambar supaya hati korang membuak-buak nak pergi cafe ni hihi




Okay ini Lan Kristal bersama isterinya yang nyanyi lagu
"Akan ku renang lautan yang berapi..." korang sambung sendiri okay?




Okay ini pulak Amyra Rosli, Amar Bahrin dan Aqeef Anaqi yang cute! Kalau korang tak kenal, dia berlakon cerita Nur TV3 yang viral sup bunjut dan suami dia berlakon cerita macam macam cerita payah nak sebut hahaha




Okay ini pulak Nabila Razali yang nyanyi lagu cumi cumi si pematah hati tu tahu dok?

Okay selamat mencuba semua! 



No comments: