Hai assalamualaikum everyone! It took a really long time untuk post entry ni, Ya Allah nak post ni memerlukan focus yang banyak sebab takut bagi info yang salah nanti haha so here I am. Gigih nak post jugak entry ni sebab I know ramai kat luar sana clueless macam mana nak buat itu macam mana nak buat ini. So I hope this entry will give a solution for all of you!
I'm Diploma student in Logistic and Supply Chain Management from Politeknik Metro Johor Bahru. Joined on Jun 2018 and alhamdulillah graduate on time with 3.82. It was not an easy journey btw! Korang pernah dengar rumours tak yang diorang kata kalau Diploma from Politeknik nak masuk Universiti Awam ni susah? There's nothing easy, dear. For me, awal-awal masuk Diploma memang dah bertegas nak sambung Degree jadi kena lah usaha lebih dari awal ya. Buat apa-apa dalam dunia ni pun kena seiring dengan usaha kan? There's no such a thing masuk Politeknik ni tak bijak etc. Guys, please buang minda macam tu since itu sangat-sangat lah kolot ya. Belajar mana-mana pun sama and even politeknik tak bermakna it's easy to score! Stop downgrade kan mana-mana institusi pengajian, kita semua berjalan diatas matlamat yang sama nak berjaya hehe. Ok done muqadimah!
Okay let's start, wani mohon Degree intake March 2020. Wani habis intern bulan Oktober 2020 since kitorang 2 tahun setengah dekat Politeknik. Tapi bulan 10 ni belum dapat result sem akhir, belum dapat transkrip, belum dapat surat tamat pengajian. Hah mesti korang confuse macam mana nak mohon kan? It's okay, masa tu wani buat banyak research tanya kawan-kawan, and contact IPT sendiri untuk tahu prosedur. I was target for Universiti Utara Malaysia (UUM) sebenarnya tapi tak ada rezeki sebab permohonan UUM buka bulan 10 dan masa tu kena terus submit dokumen LENGKAP beserta yuran pendahuluan macam tu RM150 kot tak silap (sorry tak ingat sangat). But sejenis tak give up, submit je dokumen yang ada dan bayar RM150 haha walaupun tahu tak dapat.
UiTM pun buka masa bulan 10 tapi through online. Macam UUM tadi kena apply online and submit full document by pos. Ohh btw lupa nak bagitahu yang INTAKE MARCH 2020 bukan melalui UPU. Dia terus direct website IPT masing-masing so korang kena lah sangat-sangat aware rajin check dan target nak course apa dekat mana semua. Setahun akan ada 2 intake, INTAKE SEPTEMBER dan INTAKE MARCH. Intake September biasa bulan 3 macam tu dah buka permohonan MELALUI UPU. Hah ini yang korang minta banyak-banyak dekat UPU. Kalau intake MARCH korang kena apply satu per satu dan yuran pendahuluan tu depends kepada universiti.
Masa wani apply UiTM tu sama juga, tak ada transkrip, result sem akhir apa semua sebab tak keluar lagi. Result keluar hujung bulan 11, korang rasa? Tapi sejenis dah prepare semua benda, dah tahu flow semua kan apply je online. Dia memang tak minta apa-apa document just isi maklumat macam CGPA, MUET semua tu. Basics punya maklumat untuk permohonan. So diberikan 3 pilihan, tapi wani buat permohonan 2 je sebab dah target nak course apa masa tu and alhamdulillah dapat pilihan pertama.
Untuk yang tak ambil MUET, kalau tak silap wani tak boleh apply tanpa MUET kecuali korang dah ambil cuma result tak keluar lagi kan haa tu korang boleh je apply. Kira sendiri tarikh keluar result MUET tu sempat tak untuk korang submit document. So syarat nya, dah ambil MUET ya. Wani ambil MUET masa awal-awal intern sebab memang dah plan nak masuk degree intake March 2020. Yes, memang semua benda kena plan awal.
Dah submit online tu memang dia tak minta apa-apa dah, tunggu sampai bulan 12 tak silap dia akan hantar SMS kepada yang layak. Kira nya dia macam buat satu tapisan lah, dia send SMS untuk korang submit dokumen melalui email atau pos. Kalau tak dapat SMS jangan sedih okay, nanti dah keluar result buat lah rayuan in sha Allah dapat sebab one of my friend buat rayuan alhamdulillah dapat. Masa ni dah submit document, surat tamat pengajian dah dapat, result sem akhir dah dapat, cuma TRANSKRIP tak dapat. So jangan risau, gantikan Transkrip tu dengan RESULT SETIAP SEM then tulis dekat email tu kenapa tak ada transkrip.
So this is the listing document yang perlu :
- MUET (kalau tak dapat result lagi, apply je sebab masa rayuan boleh submit document)
- Surat Tamat Pengajian (Wajib, tanya pensyarah macam mana)
- Transkrip (kalau tak keluar lagi, masukkan result setiap sem)
- MQA Certificate (Korang boleh download dekat website MQA, ikut course korang)
Document-document tambahan yang lain tu bergantung kepada IPT yang korang minta, mungkin tak sama. So lepas sebulan macam tu, Januari 2020 keluar result ya Allah berdebar teruk sebab tahu menangis kalau tak dapat haha.
Saya cadangkan 'TAHNIAH' tu besar sikit sebab memula confuse berjaya ke tidak ni kecik sangat tahniah nya haha alhamdulillah dapat, boleh lah terima ke tolak ikut lah korang bersedia ke tak haha. So nanti ada lah prosedur nya korang kena bayar yuran pengajian etc (bayar masa dan masuk pun boleh). Macam UiTM Puncak Alam yuran pengajian RM800++ and then tambah Yuran Kolej RM420 sebab bilik 2 orang (tak boleh pilih bilik) and kalau korang ada kawan nak sebilik, ambil lah kunci sama-sama sebab biasanya dia ikut turutan kunci eheee. Thanks to me later!
So marilah kita lapor diri eheee. Jauh ya amat ya UiTM puncak alam ini di dalam hutan nak menangis rasa sebab tu tiap minggu balik alhamdulillah ni semester 1 semua kat rumah sebab covid-19 haha. Tak sempat nak ambil gambar facilities semua sorry sangat sebab degree life was hectic penat nak mati. Kena bangun awal nak tunggu bas dekat bus stop, dah lah nak pergi bus stop tangga tinggi nak mati, pengsan la jugak first day sebab panas sangat last-last beli hand fan. Kadang-kadang tu tak larat tunggu bas, naik je grab. Cafe semua okay makanan murah-murah lepastu ada tempat pos barang, kedai runcit (mart), ada dobi jangan risau tapi satu blok satu dobi je haha.
Okay tak banyak benda nak cerita basically sebab 3 minggu je sempat duduk Kolej and sama je life belajar macam masa Diploma jangan risau. Btw, from Politeknik to UiTM tak boleh transfer credit dah sekarang. Korang sabar tau, jangan menangis. Belajar je lah ya subject yang dah pernah belajar tu 2 tahun setengah, mesti lagi power! hehe cuma bengang jugak belajar benda sama berulang kali haha tapi apa-apa pun itu salah satu dugaan menuntut ilmu so relax okay?
Okay then wani rasa itu je kot information yang wani nak share. If wani ada tertinggal apa-apa or korang nak tanya anything, boleh drop comment dekat bawah atau chat box sebelah kanan ni okay? In sha Allah wani akan reply atau kalau rasa susah sangat just dm dekat Instagram @nursyazwaniradzi. Thankyou korang sebab sudi baca :)
No comments:
Post a Comment