Assalamualaikum semua :) Dah tiba masanya untuk update tentang BOOTCAMP DUTA JAUHAR 5.0 di Sekakap, Mersing minggu lepas. Apa itu DUTA JAUHAR? For sure ramai tertanya tanya, update beriya kat Instagram bagai tapi pendedahan tentang program ni tak ada kan? Lagi lagi yang bukan mahasiswa Johor, it's okay disini I will explain secara ringkas dan padat kot kot boleh jadi panduan untuk korang join next series? Semua IPT seluruh Malaysia boleh join okay, I will encourage politeknik seluruh Malysia untuk banyak masuk sikit :p
DUTA JAUHAR is a program idea Menteri Besar Johor but dikendalikan oleh Yayasan Pelajaran Johor, okay cukup ringkas dan padat kan? Sekarang ni dah siri ke 5 which is bukan sesuka hati projek korang boleh diterima, banyak peringkat nya sebab takkan senang senang orang nak bagi dana kan? Banyak pengorbanan dan cabaran tetapi semuanya berbaloi untuk jadikan korang seseorang yang luar biasa yes luar biasa. Buat lah projek apa apa pun asalkan ada SOCIAL ENTREPRENEURSHIP and NBOS okay? Boleh search google untuk maklumat lanjut, tips bila ada projek, kena ada golongan sasaran dan satu team adalah 15 orang. Jangan mimpi korang akan duduk diam, banyak aktiviti kena dan boleh join antaranya untuk improve communication skills korang lagi lagi dengan orang korporat. Dan jangan pula kata taknak ganggu study, benda ni banyak didik diri kita untuk jadi seseorang yang kita tak pernah expect untuk jadi! So banyak peringkat korang kena hadapi sebelum korang dipilih secara rasmi sebagai DUTA JAUHAR antaranya ialah pitching dengan juri yang bukan biasa biasa okay, jangan risau sebab TEAM DUTA JAUHAR ni memang hubungan nya sangat rapat walaupun ada ramai yang perlu diambil berat :)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlKNh8pPzcRfog4T87P6yOQUs9etJl-1jD297iU0gKc_3OKoK4UMe7l8NE7Iy_exARVh0kelbq0u1lFtaGQIV3UB6kglEPR7VY5Qw28aH2TryzS4l4yIFvmDTzIsbOLg48WyOQk0fCmIvu/s640/20180301_171950.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAlkk6f2gvV6sBgjXe6u5bWvtQNC1YddREUs8SaoBg72FYTcco2avFTdlkIfIiQEImZ6aphxvrTpJ-07LfIeSUaAkAWCKMi2uKagfrUMwRttQ7tmLTST744J-_vWA1fM2Glj0Dm2MN8Oy6/s640/20180301_172304.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgq5eCt8cMSc0Q9zRu24g9s6p3-xbOzGgR2aAX2qng2Nukes4jJZ3oCPbDhZpl38-050YThs0ZZC79-di8VJuTnvAKelNGK3nP4nVB9a4Hh26A5tQpGq2_XVC41teF3fztLYiburlIyg7MR/s640/20180301_173132.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAYl0vf8kqexK74nY501pdokCi_9v6FTzzLeHvCqdlIpgdKZF58wMeAjxzQoZMZde8oGznmECnS4NVduLaCIogBG2s8Xpr32qoRLhOe5DEMbROx73S-rU8KDfWD_tAPLoUWwkKcjx18B8R/s640/20180301_174312.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5dhS23mK3E40sIaDMR3ic6PqAaSGvJW7eSYdTfNb6nhoeDLzKBeW_uuF9cA1Lw8S_86k7ulNQFumB8q38m6sOA6Qru9C44r7kQDHKabTarddhwxL5qKSI-lsmQW2YZioUpu-loJz485MQ/s640/20180301_174310.jpg)
Permulaan pagi yang tak berapa nak menjamin kesihatan bila jalan nak ke Mersing ni phiew memeningkan hahaha tapi alhamdulillah selamat sampai dan boleh tengok sendiri lah muka muka bahagia diatas ini? Lagi lagi kem nya memang dekat dengan pantai, menenangkan habis dapat tengok air laut (tengok sahaja). Malam malam pulak dapat tengok bulan dekat gila, bintang tak payah cerita berapa banyak yang menyinari hati. Eh? lupa nak bagitahu BOOTCAMP ni 5 hari dan jangan nak berangan kulit korang yang putih tu takkan burn!
Aktiviti waktu malam biasa lah, memang akan solat berjemaah lepastu ada kekangan masa sikit akan baca yaasin sama sama, lepastu baru boleh makan malam okay? Hah makan kat sini 5 kali sehari, jangan nak kata lapar lagi hahahah
Cerita banyak banyak tapi tak tahu produk buat apa kan?
Okay kitorang pelajar POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU membawakan produk REFLEKIDZ MAT which is alat bantuan terapi carakerja yang dikhususkan khas untuk kanak kanak CEREBRAL PALSY.
Okay untuk maklumat lanjut boleh follow Instagram @dutajauhar.reflekidz sebab kitorang memang banyak update kat situ. Apa itu CEREBRAL PALSY and so on pasal perkembangan produk kitorang.
Gambar ni masa slot MAGIC tak silap kitorang belajar macam macam cara untuk kembangkan projek dari pelbagai sudut, hah kalau nak terangkan satu persatu tak best. Why not korang join DUTA JAUHAR 6.0? Hahahaha