Hai & assalamualaikum semua. So post kalini wani nak share tentang one cafe yang
wani dah pergi untuk celebrate birthday one of my friend. Bagi yang tinggal di
Johor Bahru atau selalu ke Johor Bahru boleh lah try makan dekat Cafe ni
terutamanya yang suka dessert, western & flowers! Basically cafe ni memang berkonsepkan
bunga and untuk pengetahuan korang cafe ni juga ada jual fresh flowers siap wrap okay.
Jadi jangan tanya wani harga berapa but yang wani boleh share is kalau
bouquet lengkap harga RM40 paling murah but kalau korang nak beli sekuntum bunga ros merah harga RM3.80 ya. Tak berani nak cakap bunga dia fresh ke tak tapi yang pasti masa dapat tu
dah layu but I'm still happpy!!
Ume Floral & Cafe (Florist & Cafe)2, 22G, Riverside, Jalan Kolam Air, Kampung Nong Chik, 80100 Johor Bahru, Johor
Okay waktu operasi 9.30 pagi dah mula ya and tutup hari Isnin tau so korang jangan mengada datang hari Isnin hahaha. Untuk lebih jelas, Cafe ni terletak dekat dengan McDonalds Nong Chik.
Staff friendly okay lah boleh tahan sebab tak ramai staff, makanan sampai cepat and masa wani pergi tak ramai sangat customer so boleh lah korang bebas bergambar di setiap sudut sambil usha fresh flowers ya
okay ni menu price yang dapat wani share dengan korang. Kalau minta wani rate harga dia tak terlalu mahal and tak terlalu murah, paling mahal pun around RM30 per dishes and kitorang kebanyakannya makan dessert sebab dah kenyang sebelum ni hehehe
okay so ni situation kat table tengah pening duk fikir nak order apa sebab banyak
sangat choice sampai rasa nak order semua tapi perut tak boleh sumbat dah
okay ni antara decoration yang sempat wani snap untuk menambat hati korang semua
terutamanya pencinta bunga ya anak anak
okay korang boleh request cafe ni untuk buat decoration, ini harga yang paling murah
which is dia design cake plus ada lilin meriah yang tahan sekejap je ish geram
kalau nak yang lagi special pun ada jangan risau tapi yang pasti dia
akan pasang music happy birthday sampai satu kedai dengar hahaha
okay ni chocolate waffle price around RM15+- macam tu itu pun kitorang tak habis
sebab dah kenyang
yang ni pula banana split also comes with flower okay! memang ada certain dishes yang
dia hidangkan dengan flower ni tau, jangan ingat bunga plastic this is fresh flowers dan yang
pasti boleh bawa balik ya
okay yang ni pulak pisang goreng cheese haa korang nampak sendiri kan macam mana
cheese dia jadi jangan lupa try ya semua
okay tadi chocolate waffle kan? ni honey & butter waffle around RM13+- dia sedap
tapi disebabkan wani tak berapa suka manis sangat jadi cepat muak sebab
madu dia memang dah present bawah waffle so tak boleh elak dah
okay so ni fresh flowers yang ada dekat 2 dishes tadi nasib korang lah dapat bunga
warna apa semuanya bergantung pada rezeki haha
okay ini pula mushroom soup takkan tak kenal kan hehe
okay wani lupa nama beverage ni tapi base dia lychee memang terasa lychee dia
plus rasa bunga bunga sikit hahaha
okay ni fresh flowers yang wani beli sekuntum RM3.80 tapi dah layu layu sikit
tak perasan dah layu sebab masa beli tu dia bagi dalam packaging macam ni hm
so sempat wani abadikan gambar dekat background ni with one of my bestfriend
Jaid wani harap post wani kalini bagi inspirasi dekat korang untuk pergi try kat kedai ni
hahahaha and do surprise for your love one sebab semua orang perlu dihargai. Do good to others and poeple will do good to you back.
1 comment:
Thank you for kind words, beautiful pictures and the favourable review!
We are open 7 days a week from 9.30am to 11pm
❤️ UME Floral & Cafe
Post a Comment